Monday, December 20, 2010

Selamat Datang Ke Blogger Tadika Agama Johor Daerah Mersing


TADIKA AGAMA JOHOR
DAERAH MERSING

PENGENALAN

TADIKA AGAMA JOHOR
  •  Program pendidikan Prasekolah Tadika Agama Johor ( TAJ ) merupakan satu    
    program pendidikan yang menitik beratkan perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang sebagai persediaan diri untuk menghadapi alam persekolahan.
  •  Mula diasaskan pada tahun 2001 dan beroperasi di beberapa buah Sekolah Agama Kerajaan Johor yang terpilih.


  VISI
" Tadika Agama Johor Daerah Mersing
Melahirkan murid yang bersahsiah cemerlang dan boleh
 membaca Al – Quran serta jawi pada tahun 2012 "

MISI

" Mewujudkan proses atau kaedahPendidikan yang terbaik berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,iaitu perkembangan jasmani,emosi,rohani dan intelek "


MATLAMAT
Matlamat pendidikan TAJ adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek jasmani, emosi, intelek dan sosial.


OBJEKTIF

v  Memupuk semangat cinta dan sayangkan agama, bangsa  dan negara.


v  Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

v  Menanam kemahiran asas pada tulisan jawi dan pembacaan Al-Quran dan dapat  
      mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan baik.


v  Membentuk konsep diri yang positif  serta memupuk semangat bergaul, disamping 
      menghormati dan menghargai hak dan kebolehan orang lain.


v  Menanam kemahiran asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, 
      Matematik dan Sains.

KEISTIMEWAAN


v Menguasai kemahiran asas Al-Quran, Jawi dan Fardhu Ain.
v Mengamalkan budaya hidup Islam.
v Menguasai asas Bahasa Ibunda, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.


CARTA ORGANISASI 
MATAD MERSING.





AKTIVITI TADIKA AGAMA JOHOR
SEPANJANG TAHUN 2010